WARNA MADU KELULUT BERBEZA-BEZA

Warna-warna madu kelulut adalah sangat jelas berbeza dari gelap (kehitaman) hingga ke cerah keputihan (seperti air laici)


Warna-warna ini berbeza bergantung kepada jenis bunga yang dihinggapi oleh kelulut pada masa itu.

Warna madu yang berbeza ini sudah tentu mempunyai khasiat perubatan yang berbeza kerana tumbuhan yang menjadi sumber makanan bagi kelulut ini mengandungi kandungan bahan aktif dan khasiat perubatan yang berbeza.

Walau bagaimanapun, secara khusus kita tidak dapat kaitkan khasiat perubatan dengan warna madu itu sendiri. Ini kerana walaupun secara umum kita boleh katakan bahan tanaman yang berwarna gelap mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi.

Spesis kelulut juga tidak mempengaruhi warna madu yang dihasilkan.  Madu daripada koloni yang sama boleh menghasilkan warna yang berbeza bergantung kepada kedapatan bunga-bunga yang kelulut hinggap pada masa itu.

Secara umum, madu yang matang dan tersimpan dalam log kayu yang dikumpul semasa pemindahan koloni lebih gelap warnanya berbanding dengan madu yang terkumpul di ladang ternakan. Kantung madu di dalam log yang baik kadangkala boleh berusia mencecah puluhan tahun.

HJR GLOBAL RESOURCES (002635350-T)

Comments

Popular posts from this blog

MANFAAT MADU KELULUT UNTUK IBU MENGANDUNG

Penyelidik UPM temui gula trehalulosa dalam madu kelulut, baik untuk kesihatan