Posts

MADU ASLI VS PALSU

Image
Ada orang kata semut tak akan makan madu asli. Kalau madu di rumah kita itu dihurung semut, katanya madu itu sudah dicampur bahan lain. Betul ke? Pertama, kita perlu megenali sifat semut. Seperti hidupan bergerak yang lain, semut mencari makanan dan makanan yang disukai semut adalah juga yang dimakan manusia. Seperkara lagi tentang semut adalah mereka tertarik kepada lembapan. Maka makanan yang ada kandungan air adalah yang dicarinya. Madu asli yang diambil terus dari sarang itu pun sebenarnya ada tidak lebih 20 peratus kelembapan. Madu amfoang antara madu paling tinggi kualiti di mana sangat kurang kandungan airnya. Namun, apa sahaja jenis madu termasuklah amfoang, akan menyerap kelembapan apabila terdedah kepada udara lebih-lebih lagi dalam cuaca tropika yang lembap. Agak sukar hari ini untuk membezakan antara madu asli dan madu tiruan dengan mata kasar. Walaupun dicap 100% madu asli, ada juga syarikat atau penjual durjana yang mencampurkan madu dengan air serta pelbagai ...

PRODUK KELUARAN AYU MAISARAH

Image
PRODUK KELUARAN AYU MAISARAH PROPOLIS dikenali sebagai antiseptik semulajadi, antibiotik, antibakteria, antifungal.  Ia kaya dengan pelbagai jenis bioflavonoid, vitamin, mineral, enzim dan 16 asid amino (protein).  Oleh itu, propolis lebah kelulut sangat bermanfaat untuk kulit sensitif dan bermasalah.  Diperkaya dengan kandungan propolis, madu kelulut, minyak argan asli (moroccan) dan gabungan herba-herba semulajadi yang terpilih dan terbaik.  Mampu MERAWAT KULIT SECARA SEMULAJADI DENGAN EFEKTIF PROPOLIS SOAP BAR        (NATURAL HANDMADE) Khasiat & Kegunaan:-  Merawat masalah jerawat dan jeragat, mehilangkan kesan parut, merawat masalah kulit kering dan kulit sensitif, anti-penuaan, agen pembersih, mencerahkan kulit, meremajakan dan menganjalkan kulit wajah. PROPOLIS MOISTURISER CREAM       (NATURAL HANDMADE) Khasiat & Kegunaan:- Merawat masalah jerawat dan jeragat, mehilangkan kesan parut, agen pelemba...

Penyelidik UPM temui gula trehalulosa dalam madu kelulut, baik untuk kesihatan

Image
SERDANG, 4 Ogos 2020 : Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya membuat penemuan gula ‘trehalulosa’ dalam madu kelulut sebagai gula utama yang tidak terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam madu yang dihasilkan oleh lebah lain. Trehalulosa’ itu ditemui dalam semasa penyelidikan mengenai profil gula madu kelulut dijalankan oleh Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Dr. Norhasnida Zawawi bersama Profesor Madya Dr. Mary Fletcher dari University of Queensland Australia serta ahli kumpulan penyelidikan lain makmal Queensland Alliance of Agriculture and Food Innovation, Australia. “Kami menguji madu dari dua spesies lebah asli Malaysia (Heterotrigona itama dan Geniotrigona thoracica), dua Australia (Tetragonula carbonaria dan Tetragonula hockingsi) dan satu Brazil (Tetragonisca angustula) dan mendapati 13 sehingga 44g gula trehalulosa didapati dalam semua madu itu, bukannya gula maltosa seperti yang difikirkan sebelum ini,” ka...

MADU KELULUT - RAHSIA KESIHATAN SEMULAJADI

Image
================================ Madu Kelulut – Khasiat Semulajadi Dan Kebaikan Yang Luar Biasa Oleh: Prof Dr Zainab Ngaini, UNIMAS ================================ Madu kelulut merupakan makanan sunnah dengan pelbagai khasiat dan alternatif ubat yang mujarab berbanding dengan madu dari lebah lain (Apis mellifera - Lebah madu, Apis dorsata - Lebah Tualang dan Apis cerana - Lebah Keran).  Pengambilan madu dari sumber semulajadi merupakan amalan pemakanan yang sihat oleh pelbagai lapisan masyarakat seluruh dunia.  Madu kelulut merupakan sumber tenaga harian semula jadi dengan kandungan 80-85% karbohidrat dan nutrient (asid amino, protein, asid fenolik dan lain-lain) serta 15-20% air. Kandungan karbohidrat dalam madu kelulut terdiri daripada gula penurun seperti fruktosa dan glukosa yang mudah untuk dicerna berbanding gula yang terdapat dalam sumber-sumber lain.  Kandungan fruktosa dan glukosa dalam madu kelulut merupakan penyumbang utama yang menjadikan madu seb...

WARNA MADU KELULUT BERBEZA-BEZA

Image
Warna-warna madu kelulut adalah sangat jelas berbeza dari gelap (kehitaman) hingga ke cerah keputihan (seperti air laici) Warna-warna ini berbeza bergantung kepada jenis bunga yang dihinggapi oleh kelulut pada masa itu. Warna madu yang berbeza ini sudah tentu mempunyai khasiat perubatan yang berbeza kerana tumbuhan yang menjadi sumber makanan bagi kelulut ini mengandungi kandungan bahan aktif dan khasiat perubatan yang berbeza. Walau bagaimanapun, secara khusus kita tidak dapat kaitkan khasiat perubatan dengan warna madu itu sendiri. Ini kerana walaupun secara umum kita boleh katakan bahan tanaman yang berwarna gelap mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi. Spesis kelulut juga tidak mempengaruhi warna madu yang dihasilkan.  Madu daripada koloni yang sama boleh menghasilkan warna yang berbeza bergantung kepada kedapatan bunga-bunga yang kelulut hinggap pada masa itu. Secara umum, madu yang matang dan tersimpan dalam log kayu yang dikumpul semasa pemindahan kolo...

MANFAAT MADU KELULUT UNTUK IBU MENGANDUNG

Image
🌹Madu merupakan suplemen penambah tenaga dan ketahanan diri semasa mengandung dan pada saat menjelang masa kelahiran bayi. 🌹Meningkatkan pengeluran air susu ibu 🌹Madu dapat mencegah berbagai jenis penyakit mulai dari kelelahan, darah tinggi, kencing manis, kencing kotor, hingga penyakit batuk selsema, dan bermacam jenis penyakit lainnya. 🌹Madu dapat membantu mengurangkan rasa mual 🌹Mengatasi morning sickness 🌹Madu membantu meningkatkan nafsu makan ibu hamil 🌹Kandungan antibiotik yang terdapat dalam madu sangat ampuh membunuh kuman-kuman yang bersarang dalam tubuh, sehingga madu mampu membantu pencegahan berbagai macam jenis penyakit. 🌹Zat galian yang terkandung dalam madu dapat membantu menguatkan janin. 🌹Vitamin C yang terkandung dalam madu membantu menjaga kesehatan dan kebersihan kulit ibu hamil dan janin. 🌹Secara khusus madu membantu pertumbuhan fisik dan mental janin. 🌹Madu dapat mencegah terjangkitnya penyakit hepatitis B 🌹Madu membantu bayi untuk mampu mengeluarkan c...

KHASIAT LEBAH KELULUT

Image
Maklumat tentang KHASIAT HASIL LEBAH KELULUT, yang saya baca dan susun semula hasil penemuan saintis di Malaysia dan Luar Negara. Semoga membantu, dan minta disebar luaskan jika ia bermanfaat.  Terima kasih. KHASIAT PRODUK LEBAH KELULUT 1. MADU LEBAH KELULUT Madu Kelulut – warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.” “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-...